AKTIVITI BELIA

 

Beriadah dan Bersukan, Kebanyakkan belia- belia felda jengka 25, mengluangkan masa petang mereka dengan beriadah dan bersukan. Tapak kompleks sukan yang di sediakan oleh pihak Felda, seperti gelanggang sepak takraw, futsal, padang bola sepak dan gazebo digunakan dengan sebaiknya oleh belia tempatan. Aktiviti- aktiviti seperti ini dapat mengeratkan lagi hubungan belia antara satu sama lain, tanpa mengira peringkat umur. Selain itu dengan adanya aktiviti riadah ini dapat mengelakkan mereka daripada melakukan aktiviti yang tidak berfaedah dan membuang masa.