Pusat Ekonimi Digital Felda Jengka 25, mengucapkan Selamat Datang dan Terima Kasih kepada anda yang sudi melawat laman portal komuniti kami. Pusat Ekonomi Digital merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan kerjasama TM Bhd dan MSD Digital Intelligence. Ia bertujuan untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat.

Objektif Pusat Ekonomi Digital Felda Jengka 25 adalah:

  • Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan
  • Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet.
  • Meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di Pik.
  • Merapatkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.
  • Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan.

Visi dan Misi Pusat Internet Balingian:

Visi  : Menjadikan ICT sebagai pemangkin kecemerlangan komuniti setempat.

Misi :

  • Menyediakan infrastruktur ICT yang mampu menampung semua aliran maklumat.
  • Menyediakan persekitaran ICT yang inovatif dan berkualiti.
  • Memantapkan perkhidamatan melalui teknologi ICT.

Pusat Internet Balingian menawarkan latihan/kursus/bengkel ICT kepada komuniti setempat :

  • Pengenalan asas komputer
  • Asas Internet & Emel
  • Intel Learn Program (ILP)
  • Aplikasi elektronik (e-kerajaan, e-pembelajaran, e-dagang dan lain-lain).
  • Desktop Publishing (Microsoft Office).
  • Adobe Photoshop.
  • Klik Dengan Bijak (KDB)
  • Bengkel Keusahawanan