AKTIVITI BULANAN

1)GOTONG ROYONG.

  

Kebiasaannya, aktiviti gotong royong ini di lakukan setiap bulan. Setiap ketua blok akan menetapkan hari dan masa untuk melakukan gotong royong di setiap blok masing- masing. Tujuan gotong royong ini di lakukan adalah kerana ingin memastikan kawasan sekeliling rumah dan blok kelihatan cantik,kemas dan bersih.

 

2) Bacaan yasin dan kelas agama

  

Bacaan yasin dan kelas agama ini merupakan aktiviti mingguan bagi blok masing- masing. Ia dilakukan setiap hari selasa ataupun khamis jam 9.00 pagi sehingga 11.00 pagi. Setiap ahli blok akan menghadiri majlis ini untuk menambah ilmu agama, jemputan khas daripada ustazah ataupun ustaz untuk memberi sedikit ceramah dan tazkirah.