PROGRAM TAHUN 6 SELEPAS PEPERIKSAAN

Credit:Fb SK Jengka 25

Dari segi pendidikan, Felda Jengka 25 mempunyai prasarana pendidikan seperti sekolah tabika KEMAS, sekolah rendah LKTP Jengka 25, dan Sekolah agama rakyat. Sekolah pertama didirikan adalah Sekolah Agama Rakyat pada tahun 1987. Manakala sekolah rendah dan tabika didirikan pada tahun 1999. 

 

Bandar Jengka juga menjadi salah sebuah lokasi pilihan untuk melanjutkan pelajaran. Hal ini kerana terdapat juga IPTA dan IPTS yang menjadi pilihan anak muda sama ada dalam negeri atau luar negeri pahang  untuk melanjutkan pelajaran. Antaranya  ialah : 


  • Universiti Teknologi Mara (Uitm)  Cawangan Pahang Kampus Bandar Jengka
  • Kolej Matrikulasi Pahang Cawangan Jengka
  • Kolej Sentral
  • Giat Mara
  • Kolej komuniti jerantut/ temerloh

 

Antara sekolah pilihan anak-anak peneroka felda jengka 25 selepas tamat tahun enam adalah seperti berikut : 

 

  • Sekolah Kebangsaan Jengka Pusat
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka Pusat
  • Maahad Tahfiz Sultan Haji Ahmad Shah
  • Sekolah Kebangsaan Jengka Pusat 2
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka Pusat 2
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Jaya
  • Sekolah Kebangsaan Desa Jaya

 

Kesimpulannya, taraf pendidikan bagi anak-anak peneroka felda jengka 25 ini tidaklah terabai. Pembangunan dan infrastuktur sekolah yang telah disediakan oleh pihak kerajaan di tanah rancangan felda ini adalah sangat baik dan memuaskan.