Barisan pimpinan bagi daerah dan kawasan Felda Jengka 25.

 

DAERAH

 

TEMERLOH

MUKIM

JENDERAK

PENTADBIRAN FELDA

FELDA WILAYAH JENGKA

PENGURUS BESAR WILAYAH

TUAN HAJI ABD MALIB BIN ABD RANI

PENGURUS FELDA JENGKA 25

EN. MUHAMMAD YASIR BIN MD. BUKHARI

PARLIMEN

KUALA KRAU

YB DATO’ SERI Hj ISMAIL BIN Hj MOHAMAD SAID

DUN

KERDAU

YB DATO’ SYED IBRAHIM BIN SYED AHMAD

 

 

Gugusan Jengka antara gugusan Felda  yang terdapat di  Malaysia, terletak di negeri Pahang Darul Makmur. Terdapat 25 buah Felda dalam Gugusan Jengka dan Felda Jengka 25 merupakan yang terakhir. Felda jengka 25 terletak dalam Daerah Temerloh iaitu 20 kilometer dari Bandar Pusat Jengka dan 180 kilometer ke barat Kuantan. Ia termasuk dalam kawasan  parlimen Kuala Krau dan kawasan Dewan Undangan Kerdau. Perjalanan untuk ke kawasan felda kini lebih mudah dengan adanya sebuah jambatan baru yang merintangi Sungai Pahang. Jambatan ini berhubung terus dari pekan kecil Kuala Krau ke kampung yang berdekatan dengan Felda Jengka 25 iaitu Felcra Rumpun Makmur, Kg Pulau Raya, Kampung Baru Gunung Senyum dan Felcra Durian Hijau. Hampir 100% penduduk di kawasan ini berbangsa Melayu dan beragama Islam.