Ini adalah merupakan tempat sudut bergambar yang berlatar belakangkan Gunung Senyum. Salah satu tempat menarik di  Homestay Felda Jengka 25 yang berkonsepkan tinggal bersama penduduk peneroka dan merasai sendiri sosio-ekonomi dan cara hidup seorang peneroka felda. 

SEJARAH FELDA JENGKA 25

 

 

FELDA JENGKA 25 merupakan rancangan terakhir di majukan dalam Wilayah Jengka. Jengka 25 di bagunkan pada tahun 1978 dan terbahagi kepada 3 peringkat, iaitu peringkat 02 dan 04 bagi lot berpeneroka serta peringkat 03 kawasan lot Felda. Kemasukan peneroka pertama bermula pada Jun 1986. Seramai 152 peneroka di tempatkan di rancangan ini.

 

Perkara yang menjadi tarikan di Felda Jengka 25 adalah aktiviti perlacongan dan homestay. sebagai contohnya Felda Jengka 25 menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negara untuk ke Gunung Senyum. Hal ini kerana Gunung Senyum mempunyai keindahan dan keunikan alam semula jadi serta merupakan tapak sejarah zaman-zaman dahulu. Terdapat 25 Buah Gua di Gunung Senyum contohnya seperti Gua Terang Bulan, Gua Angin, Gua Makam Tok Long, Gua Kolam Tujuh Gua Taman dan lain-lain.

 

 

Rujukan : Pejabat Felda Jengka 25 

 

SEJARAH JENGKA

 

Wilayah Jengka merupakan penempatan FELDA terbesar di Malaysia yang terletak di negeri Pahang Darul Makmur. Wilayah Jengka juga dikenali sebagai Segitiga Jengka kerana kedudukannya meliputi tiga daerah iaitu Temerloh, Jerantut dan Maran. Dengan adanya tanah-tanah rancangan FELDA ini, maka muncul sebuah bandar baru yang dikuasai oleh masyarakat Melayu seratus peratus iaitu Bandar Jengka. Bandar jengka adalah satu inspirasi bekas Perdana Menteri Malaysia yang kedua Tun Abdul Razak untuk mengujudkan satu bandar 100 peratus orang melayu. Tetapi kini Bandar Jengka yang telah diubah nama kepada Bandar Tun Razak Jengka, tidak lagi dimonopoli oleh orang melayu sahaja, kerana di kawasan Jengka 15 terdapat satu deret kedai yang telah ditembusi oleh peniaga bukan melayu.

 

Nama Jengka diambil daripada nama sebatang sungai kecil yang terdapat di sini iaitu sungai Jengka. Wilayah Jengka terdiri daripada 25 buah rancangan FELDA yang menjadi pengeluar sawit dan getah. Terdapat 25 buah Jengka yang ditandai dengan nombor 1 hingga 25, di samping nombor yang diberikan berdasarkan kawasan yang lebih awal dibuka, Jengka-jengka tersebut juga diberikan nama mengikut nama bunga. Pemilihan nama bunga juga adalah mengikut abjad bagi mengenal pasti kawasan yang lebih awal dibuka. Hal ini bermakna Jengka yang pertama dibuka ialah Jengka 1 manakala Jengka yang terakhir dibuka ialah Jengka 25. Dalam kawasan jengka juga terdapat tanah rancangan felda yang tidak menggunakan nama jengka, kerana ianya di tubuhkan lebih dahulu dari jengka itu sendiri, antaranya ialah felda kampong awah 1963, felda ulu jempol 1965, felda sungai nerek 1967.

 

Setiap kawasan penempatan Jengka mengandungi antara 300 hingga 600 buah keluarga, sebagaimana di tanah rancangan FELDA lain, penduduk Jengka juga disebut sebagai 'peneroka felda' manakala isteri mereka di panggil 'Penerokawati ' dan ditadbir oleh seorang pengurus yang dilantik oleh pihak pegurusan FELDA. Penduduk Para peneroka tersebut datang daripada seluruh Malaysia yang terdiri daripada rakyat termiskin (di bawah paras kemiskinan). Ramai kalangan peneroka Jengka berasal daripada negeri-negeri utara seperti Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis dan juga negeri pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu.

 

Selain itu terdapat juga peneroka yang berasal dari negeri lain seperti Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor, selain daripada penduduk asal Pahang. Justeru dapat dilihat adat dan budaya yang bercampur-campur diamalkan di Jengka memandangkan para pendatang ini mengekalkan adat dan budaya kampung asal masing-masing. Terdapat juga peneroka dari kalangan kaum Cina dan kaum India namun majoriti peneroka adalah kalangan kaum Melayu. Hal ini kerana majoriti rakyat termiskin adalah kaum Melayu. Manakala kaum India pula hanya mewakili beberapa peratus sahaja dari penduduk Malaysia.

sumber: http://azinang.blogspot.my/2009/02/sejarah-felda-jengka-dan-sekitar-nya.html

 

MITOS NAMA JENGKA 

 

Nama Jengka diambil sempena  nama sebatang sungai kecil yang terdapat di sini iaitu Sungai Jengka. Terdapat dua pendapat yang menceritakan asal usul nama 'Jengka' iaitu : 

 •         Mitos 1 

Diceritakan sepasang suami isteri Orang Asli yang tinggal di sebuah teratak berhampiran sebatang sungai yang mengalir deras. Si suami memang bijak memburu, lantaran seharian beliau keluar mencari rezeki. Manakala si isteri pula, sambil menunggu kepulangan suaminya, bertenun kainlah sepanjang hari. Adapun alat yang digunakan oleh isterinya dipanggil jangka. Entah bagaimana pada suatu hari jatuhlah jangka itu ke dalam air, menangislah si isteri sehingga kepulangan suaminya. Mencarilah si suami apabila pulang, namun tidak menjumpainya, dan akhirnya ia dinamakan Sungai Jengka berdasarkan peristiwa ini..

 •         Mitos 2 

Adapun pada suatu hari, seorang perempuan Asli telah terkena kerasukan yang amat teruk. Dia langsung tidak boleh menjejak tanah. Lantaran tok batin tempat tersebut berusaha untuk mengubatinya. Maka, dalam tafsirannya pesakit tadi perlu dibawa ke sebatang sungai tidak bernama untuk dimandikan. Lantaran sebatang sungai yang mengalir deras telah dipilih di tengah rimba. Apabila mencecahnya kaki pesakit tadi ke air, ternampaklah orang ramai satu kelibat di dalam air. Maka berkatalah orang ramai “Jin ke tu?”. Dari sinilah Jengka mendapat nama..

Gugusan Jengka terdiri daripada 25 buah rancangan FELDA yang menjadi pengeluar sawit dan getah. Terdapat 25 buah Jengka yang ditandai dengan nombor 1 hingga 25. Di samping nombor yang diberikan berdasarkan kawasan yang lebih awal dibuka, Jengka-jengka tersebut juga diberikan nama mengikut nama bunga. Pemilihan nama bunga juga adalah mengikut abjad bagi mengenalpasti kawasan yang lebih awal dibuka. Oleh itu, satu-satu Jengka itu dinamakan sebagai Jengka 1 (Anggerik), Jengka 2 (Cempaka), Jengka 3 (Dahlia), Jengka 4 (Kemboja), Jengka 5 (Kekwa), Jengka 6 (Keembung), Jengka 7 (Kenanga), Jengka 8 (Kesidang), Jengka 9 (Kesumba), Jengka 10 (Mawar), Jengka 11 (Melati), Jengka 12 (Melor), Jengka 13 (Puteri Malu), Jengka 14 (Raya), Jengka 15 (Semarak), Jengka 16 (Sena), Jengka 17 (Seri pagi), Jengka 18 (Seroja), Jengka 19 (Siantan), Jengka 20 (Tanjung), Jengka 21 (Teratai), Jengka 22 (Terkis), Jengka 23 (Tonkin), Jengka 24 dan Jengka 25. Hal ini bermakna Jengka yang pertama dibuka ialah Jengka 1, manakala Jengka yang terakhir dibuka ialah Jengka 25. Dalam kawasan Jengka juga terdapat tanah rancangan felda yang tidak menggunakan nama Jengka kerana ia ditubuhkan lebih dahulu dari Jengka itu sendiri, antaranya Felda Kampung Awah 1963, Felda Ulu Jempol 1965 dan Felda Sungai Nerek 1967.

 

sumber : http://feldajengka2.pi1m.com.my/index.php/maklumat-setempat/sejarah?showall=&start=2

 

 

 

 

INFRASTRUKTUR

TAHUN

PEJABAT RANCANGAN

1982

BALAI RAYA

1982

GERAI 5 PINTU (DISEWA)

1982

D’MART (PNF)

1982

BEKALAN AIR

1986

MASJID

1987

SEK.AGAMA RAKYAT

1987

BEKALAN LETRIK

1992

SEKOLAH KEBANGSAAN

1999

BANGUNAN TABIKA

1999

TELEFON

1999

KLINIK DESA

2001

DEWAN SEMAI BAKTI

2011

BANGUNAN GPW

2011

GELANGGANG FUTSAL

2011

sumber: pejabat felda jengka 25