Jika anda ke Temerloh, anda teringin nak makan popia.. kami ada satu gerai yg menjual popia paling sedap.. POPIA SS ALI..pernah dengar tak ?? popia ni dulu femes kat ipoh sebagai cawangan utama pada tahun 1955 dan sehingga kini popia ni masih mendapat tempat dihati penggemar popia.. rugi sangat kalau anda tak cuba.. lokasi POPIA SS ALI ni terletak di JALAN BAHAGIA TEMERLOH.. anda wajib mencuba.. popia ni laku keras dan selalunya kena beratur panjang nak tunggu giliran. POPIA SS ALI ni terdapat dua jenis yg basah dan juga goreng tetapi dua dua nye sedap.. waktu beroperasi pada jam 1 tengah hari sehingga habis.. biasanyaa popia dia habis awal laaa.. hihihi.. disini kami sertakan gambar lokasi gerai POPIA SS ALI

KUIH BADAK KUBANG KUIH TRADISIONAL PAHANG.

Kuih yang berbentuk bulat menggunakan tepung pulut ,dan tepung pulut hitam,ada rinti kelapa di dalam dan berkuah santan kelapa yang berlemak dan masin,kuih ini juga sangat sedap apabila di makan waktu ia sedang panas-panas.Ia seakan-akan kuih koci ataupun kuih anak dara sebilik,tetapi yang membezakan cuma ia berada di atas daun pisang yang telah di potong bulat dan di letakkan di atas pinggan logam dan di kukus sehingga masak.

 

Bahan-bahannya:-
1/2 kampit tepung pulut
1/2 kampit tepung pulut hitam

satukan kedua-dua tepung diatas, bancuh dengan air sehingga menjadi doh.Bulat-bulatkan isi inti kelapa (seperti buah melaka)

Bahagian Putih:-
1 cawan Tepung Beras  
4 cawan santan
sedikit garam

Cara-caranya:-
Kukus yg bulat2 hitam dulu, selepas tu isikan bahagian putih .kukus sekejap boleh di makan.

 

 

Negeri Pahang memang terkenal dengan makanan - makanan tradisional. Di setiap daerah mempunyai makanan tradisinya yang tersendiri. Antara makanan tradisional yang popular di negeri Pahang adalah seperti masak tempoyak ikan patin, sambal  hitam, gulai asam rom, sambal petai tempoyak, gulai masak lemak siput sedut, pais tempoyak ikan patin / talapia,gulai keladi kemahang, gulai lemak pede/budu dan banyak lagi. Makanan- makanan ini lebih popular disekitar kawasan Pahang Barat Jerantut, Kuala Lipis, Temerloh, Raub dan kawasan sekitarnya atau kawasan tengah Negeri Pahang. Berikut adalah merupakan makanan tradisi Pahang yang popular : 

1) IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK

Gulai ikan patin masak tempoyak sudah menjadi tradisi sebagai makanan harian bagi masyarakat Pahang. Selain daripada ikan patin , ikan tilapia, ikan lampam atau ikan ikan sungai yang lain juga boleh dimasak bersama tempoyak. Rasa keenakkan gulai ikan tempoyak ini boleh di uji berdasarkan jenis- jenis ikan. Ini kerana terdapat pelbagai jenis ikan patin dan rasa isinya juga adalah berbeza. Selain itu kualiti dan rasa tempoyak juga mempengaruhi keenakkan gulai ikan patin tersebut. Tips untuk hilangkan hanyir ikan sungai kebanyakkan orang menggunakan air asam jawa/ keping atau air bancuhan tepung gandum. 

 

2.SAMBAL HITAM

Sambal hitam ini juga merupakan salah satu tradisi makanan Pahang. Bahan-bahannya tidaklah banyak di gunakan.tidaklah susah untuk membuatnya. Hanya perlukan ikan bilis,bawang, lada dan yang paling penting adalah asam belimbing.bahan tersebut ditumbuk bersama dan goreng. Isikanlah perasa seperti garam,perisa dan gula sedikit. Sambal ini boleh tahan berminggu-minggu jika kena pada cara masakkannya. Sangat sedap jika hanya makan dengan nasi putih yang sedang panas…

 

3 SAMBAL IKAN BILIS TEMPOYAK DAN PETAI

 

Masakan ikan bilis tempoyak dan petai sagat sedap dan senang dimasak.

resepinya:

1-ikan bilis

2-tempoyak

3- petai

4- lada kecil

Cara-cara membuatnya,

Bancuh tempoyak dengan air...Tidak terlalu cair @ pekat.Masukkan dalam kuali ,masukkan lada kecil yang telah ditumbuk, biarkan sehingga tempoyak sederhana masak(pekat sedikit) masukkan petai biarkan hingga lembut. Boleh tuangkan sedikit minyak masak. Masukkan bahan perasa ikut rasa. Akhir sekali masukkan ikan bilis yg telah digoreng kedalam kuali..Biar sebentar dan pastikan sambal benar-benar masak/ naik minyak.

**cara @ resepi ada pelbagai..ikut keselesaan memasak..

 

4 .PAIS IKAN PATIN/TALAPIA TEMPOYAK

5.GULAI LEMAK PEDE/BUDU

 

Kesimpulannya, masakan makanan di tempat kami bagi daerah temerloh kebanyakkannya adalah menggunakan tempoyak dan juga gulai lemak. Untuk merasa masakan tradisi Pahang silalah ke tempat kami. Pasti tak rugi,selalu di hati dan rasa nak makan lagi.