Klinik Desa Felda Jengka 25 didirikan pada tahun 2001 dan memiliki bangunannya sendiri di atas tanah seluas 11 ekar. Kedudukannya yang terletak dalam kawasan Felda Jengka 25 memudahkan masyarakat Felda mendapatkan perkhidamatan di sini.
Waktu operasi:
Isnin- Jumaat
8.00 pagi – 5.00 petang
Rehat : 1.00- 2.00 petang
Antara perkhidmatan yang diberikan adalah:
- Klinik ibu dan anak.
- Ujian makmal seperti ujian darah dan pemeriksaan air kencing.
- Pemeriksaan kesihatan.
- Kecemasan `on call`.
Klinik Desa Felda Jengka 25 juga mengadakan aktiviti seperti gotong-royong, program kesihatan dan senamrobik. Sekiranya penduduk ingin mendapatkan rawatan lanjut, mereka perlu ke Hospital Bandar Jengka 19km dari Jengka 25.