Penternakan Ikan Air Tawar.

Rozedah binti Othman merupakan seorang usahawan yang berjaya dalam bidang penternakan ikan air tawar. Antara ikan –ikan yang di ternak sendiri adalah seperti ikan patin ,ikan tilapia dan juga ikan baung. Kini beliau mempunyai 27 buah sangkar ikan air tawar.  Lokasi perusahaan adalah di kampong chengal iaitu berdekatan dengan jambatan sungai Pahang, kuala krau Temerloh.

Idea untuk mengusaha penternakkan ikan air tawar ini tercetus daripada adik saudara sendiri yang mengusahakan penternakkan ikan air tawar yang tinggal di Paloh Inai Pahang. Bermula pada tahun 1996, beliau mula berniaga ikan air tawar ini dengan hanya membeli ikan yang sudah besar daripada pemborong dan kemudiannya dijual kepada masyarakat sekitar. Pada tahun 2007 sehingga kini,  Puan Rozedah memulakan penternakkan ikan air tawar sendiri dan menjadi pemborong di sekitar temerloh Pahang.

Antara cabaran yang dihadapi sepanjang tempoh perusahaan penternakkan ikan air tawar ini adalah apabila tiba musim tengkujuh iaitu  risiko banjir ataupun musim kemarau. Selain itu kos untuk menyediakan tapak atau sangkar untuk satu tapak adalah sekitar rm 5000. Namun begitu sifat beliau yang suka mencuba, tidak mudah putus asa dan berani manghadapi cabaran dalam perniagaannya, kini beliau Berjaya membekalkan ikan air tawar sebanyak 3 hingga 4 tan ikan air tawar sebulan.

Puan rozedah banyak menimba ilmu keusahawanan dan meningkatkan kemahiran dan kerjaya dengan menghadiri kursus-kursus yang di anjurkan oleh pihak Peladang , Perikanan dan juga FAMA. Beliau juga mendapat anugerah usahawan cemerlang daripada FAMA pada tahun 2015.

No telefon untuk di hubungi ialah : 019- 2591546( Pn Rozelah) ataupun 013-9590674( En Mohd Rasidi Bin Abdul Razak). Ataupun boleh melayari akaun facebook milik anak beliau iaitu syiden smai.