KISAH KEJAYAAN PUAN SHAH MUNIRAH

 

Bentuk perniagaan

Merupakan usahawan sepenuh masa bagi perniagaan online/offline bagi produk kesihatan dan kecantikkan ichantique.

Latar belakang

Pn shah munirah mohd merupakan usahawan bg produk kesihatan dan kecantikan. Produk beliau ialah ichantique,ikachak dan juga skincare ichantique . mula berniaga sejak tahun 2017, setelah berhenti kerja dan menjadi suri rumah. Oleh itu beliau mengambil peluang berniaga secara online untuk mengisi masa lapang serta menambah pendapatan sampingan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Pendapatan sebelum membuat perniagaan secara online antara 200 ke 300 sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Melalui kelas usahawan yang dianjurkan oleh pusat internet felda jengka 25, beliau kini lebih berkemahiran dalam perniagaan online, untuk mempromosikan barangan beliau. Selain itu akses internet yang laju membantu beliau untuk menguruskan kerja-kerja pernigaan seperti mempromosi produk beliau. Kebanyakkan pelanggan beliau adalah daripada media social iaitu melalui facebook. Pendapatan beliau semakin meningkat antara RM 500 ke RM 1000.

Apa yang dipelajari melalui PI1M

-       Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui FB, Blog

-       Mengikuti kursus usahawan mdec anjuran pusat internet 1 malaysia jengka 25.

Bagaimana PI1M membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

-       PI1M membantu mempromosikan produk

-       Akses internet yang laju membantu dalam promosi dan pencarian maklumat pelanggan dan produk

-       Pi1m membantu membuat video berkaitan usahawan dan produk beliau