Homestay felda jengka 25 di tubuhkan pada tahun 2006 di Felda Jengka 25, Temerloh , Pahang Darul Makmur. Homestay ini berkonsepkan tinggal bersama tuan rumah untuk merasai sendiri cara hidup, sosial dan budaya penduduk setempat. Homestay jengka 25 ini mendapat pengiktirafan daripada kementerian pelancongan Malaysia. Selain itu juga ahli ahli yang berdaftar ini di latih serta mengikuti kursus –kursus yang di anjurkan oleh pihak Institut Kemajuan Desa ( INFRA).

Di felda jengka 25 terdapat sebanyak 38 buah rumah yang di jadikan sebagai homestay. Daya tarikan utama di homestay ini adalah berdekatan dengan tempat rekreasi Gunung Senyum yang hanya dalam 30 minit sahaja daripada felda jengka 25. Aktiviti yang menarik yang boleh di lakukan adalah seperti melawati kawasan persekitaran kampung, membuat lawatan dan aktiviti di ladang sawit dan tapak semaian sawit felda jengka 25 dan juga boleh melawati tempat rekreasi gunung senyum.

Kebanyakkan mereka yang datang menginap di homestay ini adalah daripada pelajar-pelajar universiti. Selain itu pelancong – pelancong daripada luar negara seperti daripada Jepun, Korea Dan Singapura adalah sebahagian daripada pelancong yang pernah menginap di homestay ini untuk tujuan menikmati alam sekitar dan suasana kampung di Malaysia.

Untuk sebarang maklumat bolehlah menghubungi En Saiful Bin Salwey merangkap Penyelaras Homestay Jengka 25 di talian 019-7567653 ataupun boleh menghubungi En  Wahak Bin Muhmud sebagai Pemangku Pengerusi Homestay 25 dan AJK Homestay Pahang di talian 010-3225718.