LOKASI : Pahang
 
INFO LOKASI :
 
Alamat : Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah Jabatan PERHILITAN Kuala Gandah, 28500 Lanchang Pahang Darul Makmur, Malaysia
No Telefon : 09-279 0391
No Fax : 09-279 0398
 
BAYARAN : TIADA BAYARAN DIKENAKAN , PENGUNJUNG BOLEH MEMBERI SUMBANGAN .
 
 
TENTANG PUSAT KONSERVASI
 
Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) merupakan satu pusat yang unik di Malaysia di mana peranan utamanya adalah untuk menangkap dan memindahkan gajah-gajah liar yang habitatnya telah diterokai oleh pembangunan. Gajah liar ini akan ditempatkan semula ke kawasan-kawasan perlindungan seperti Taman Negara. Sejak 30 tahun yang lalu, pusat ini telah berjaya memindahkan lebih daripada 700 ekor gajah liar. Proses pemindahan ini bertujuan untuk meminimumkan risiko kepupusan spesies ini serta kerosakan harta benda dan kawasan pertanian.
 
 
AKTIVITI PELAWAT : 
 

1- MEMERHATI KUMPULAN ANAK GAJAH DI KAWASAN TRAIL INTERPRETASI


Pelawat berpeluang memerhati kehidupan anak gajah yang dilepaskan secara bebas dalam kawasan keliaran yang dipagari dengan pagar elektrik.


2- MENONTON TAYANGAN VIDEO


Menonton dokumentari proses menyelamatkan gajah liar dari kawasan konflik ke habitat baru oleh Jabatan Perhilitan.


3- GAJAH MANDI DAN DIBERSIHKAN OLEH MAHOUT


Pelawat boleh melihat gajah dewasa dan anak gajah dimandi dan dibersihkan oleh mahout serta sambil diberikan penerangan oleh kakitangan bertugas.


4- PENERANGAN KONSERVASI GAJAH DI PENTAS INTERPRETASI


Pelawat akan diperkenalkan kepada setiap gajah yang menjalankan aktiviti konservasi, sejarah dan kebolehan asas mereka. Penonton dan gajah dipisahkan oleh penghadang dengan jarak kira-kira 8 meter bagi menjaga keselamatan.

 

 

 

sumber : klustertemerloh.blogspot.my