TEMPAT MENARIK DAN PELANCONGAN POPULAR DI NEGERI PAHANG

Taman negara merupakan salah satu tempat perlancongan yang popular di negeri pahang. hal ini kerana taman negara merupakan hutan hujan tropika yang terbesar dan tertua di dunia. taman negara ini menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara kerana di yakini mempunyai banyak khazanah alam yang hidup di dalam hutan simpan tersebut. selain itu juga sistem operasi di taman negara  di selia dengan baik . terdapat banyak perkhidmatan yang disediakan oleh pihak taman negara. selain itu juga banyak aktiviti-aktiviti yang boleh di lakukan dan di anjurkan oleh pihak berwajib.  taman negara kuala tahan ini adalah di bawah penguasaan jabatan perhilitan negeri pahang.

 

Perjalanan ke  Taman Negara Kuala Tahan

Antara perjalanan ke Taman Negara Kuala Tahan ini boleh melalui jalan raya, kereta api dan juga perjalanan sungai pahang.

Bandar yang terdekat ialah Jerantut, Pahang. Perjalanan dari Kuala Lumpur atau Kuantan dengan menaiki kereta atau pengangkutan awam mengambil masa antara 3 hingga 4 jam. Dari Bandar Jerantut, pelancong boleh mengambil bas atau teksi ke Jeti Kuala Tembeling, terletak lebih kurang 16km daripada Bandar Jerantut. Pelancong juga boleh ke Taman Negara melalui jalan darat sejauh 68 km dengan hanya mengambil masa kira-kira 1 jam 15minit dari Jerantut.

Pelancong daripada Singapura boleh menaiki keretapi malam yang berhenti di Stesen Keretapi Kuala Tembeling. Daripada Jeti Kuala Tembeling, pelancong akan menaiki bot menyusuri Sungai Tembeling untuk jangka masa lebih kurang 2 1/2 ke 3 jam untuk sampai ke Kuala Tahan.

Tambang bot ialah RM 35.00 seorang sehala. Bot berlepas pada jam 9.00 pagi, 1.00 petang dan 2.00 petang setiap hari.

 

Permit Dan Lesen

Setiap  pelancong mesti mendapatkan permit masuk dengan harga RM 1.00  seorang. Harga lesen  memancing ialah RM 10.00 setiap joran dan lesen kamera ialah RM 5.00 setiap satu unit kamera

Penginapan

Mutiara Taman Negara menyediakan penginapan bagi pelancong yang ingin menginap di dalam kawasan Taman Negara. Penginapan juga terdapat di sekitar Kuala Tahan yang terdiri daripada banglo, suite, syele dan asrama. Terdapat juga tapak perkhemahan yang diuruskan oleh Mutiara Taman Negara Resort dan pengusaha tempatan di sekitar Kuala Tahan. Maklumat mengenai penginapan dan aktiviti serta tempahan di Mutiara Taman Negara boleh dihubungi melalui talian 09-2662200 / 09-2663500, atau fax ke 09-2661500. Atau kunjungi laman web www.mutiarahotels.com 

 

Antara aktiviti-aktiviti yang menarik  di Taman Negara

 

1) Bumbum

    Bermalam di bumbum untuk memerhati hidupan liaryang melawat ke kawasan jerutberhampiran

 

*Bayaran hanyalah RM 5.00/seorang/satu malam

**tempahan perlu di buat dahlu di kaunter pembayaran

 

2) Titian kanopi

    Melihat taman negara di atas titiankanopi yang terpanjang di dunia.(550m) tergantung lebih kurang 45 m dari atas tanah

 

**bayaran rm 5.0 dewasa/3.00 kanak kanak

*** pembayaran perlu di buat di kaunter pendaftaran

 

3) Kembara gua

   Mengembara di kawasan hutan batu kapuryang belum di ganggu dan dan melihat pelbagai gua yang cantik di sekitar taman          negara

 

4) Eksporasi hutan

   Menikmati keindahan khazanah alam Taman Negara rentis- rentis di Taman Negara dan anda mungkin bernasib baik dapat melihat hidupan liar di persekitaran semulajadi

 

5) Mendaki Gunung Tahan

 

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Penguasa
Taman Negara Kuala Tahan
27020 Jerantut, Pahang
Tel: 09-266 1122/09-266 4152      
Faks: 09-266 4110

E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 

sumber: http://www.wildlife.gov.my/index.php/ms/- lamanweb rasmi jabatan perhilitan pahang.